Sebab-sebab anda perlu ada blog sendiri








Semasa waktu zaman kanak-kanak saya berusia 7 tahun, saya mempunyai terlalu banyak hobi. Antaranya, mengumpul setem, bermain basikal  stunt, kumpul kad, bermain layang-layang, memancing, bola lisut, sepak takraw, tamagochi, dan macam-macam lagi.

Lumrah seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat lari daripada mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi. Hobi ini semakin berubah mengikut peredaran masa dan umur kita yang semakin lanjut.

Bagi saya, saya jadikan penulisan blog sebagai hobi. Blog adalah tempat yang sesuai untuk kita berkongsi pengalaman kita untuk dijadikan rujukan untuk diri kita sendiri dan juga orang lain. Saya pilih blog sebagai hobi baru saya kerana ia memberikan banyak kebaikan.

"Kalau kita ada ilmu setinggi gunung pun, kalau disimpan bawah katil untuk rujukan kita seorang, ia akan menjadi benda yang akan lapuk dan tidak bernilai lagi."


Berikut adalah sebab-sebab kita perlu ada blog :-

1) Berkongsi maklumat untuk dijadikan rujukan

Blog adalah seperti diari kehidupan seseorang. Ia boleh ditulis pada bila-bila masa dengan syarat ada line internet. Apa yang kita tulis dalam blog boleh dijadikan rujukan untuk orang lain. Secara tidak langsung, kita memberi maklumat secara terperinci kepada orang lain secara percuma. Dari segi keagamaan dan nilai murni pula, penulis blog akan dapat pahala secara percuma setiap kali orang membaca ilmunya. Banyangkan jika anda mempunyai blog sendiri , terdapat banyak maklumat dalam blog tersebut yang berguna kepada pembaca, jika sedang tidur dibuai mimpi pun, pahala masuk secara tidak henti disebabkan anda memberi tunjuk ajar kepada orang lain secara tidak langsung.

2) Memperbaiki tatabahasa penulisan

Menulis blog tidaklah semudah update status di facebook. Penulis blog perlu memerah otak untuk memikirkan kata-kata yang sesuai dan mudah dibaca untuk orang lain. Sususan perkataan dalam suatu ayat juga perlu diteliti dengan cermat sebelum ditulis. Penulis blog melatih otak untuk memikirkan idea-idea baru, lalu ditulis dalam blog dalam keadaan yang tersusun dan mudah difahami. Ia seolah-olah menulis buku.

3) Melatih otak supaya menjadi lebih kreatif.

Banyak tools yang ditawarkan oleh website blog. Kita boleh menggunakannya dalam pelbagai bentuk, warna dan susunan. Anggaplah blog anda seperti buku diari kecil. Setiap perkataan boleh ditulis dengan pelbagai warna, bentuk dan bergaya. Anda juga boleh meletakkan gambar dan video mengikut cara kretiviti anda yang tersendiri.

4) Memupuk sifat keyakinan dalam diri sendiri

Menulis blog dapat meyakinkan diri sendiri kerana apa yang ditulis benar-benar telah berlaku. Pengalaman yang kita terima itu, kita sampaikan dalam bentuk penulisan cerita sebenar dan bukan angan-angan. Secara tidak langsung anda akan berani untuk cerita pada kawan-kawan diluar sana, tanpa rasa ragu-ragu lagi. Menulis blog sama seperti menulis karangan di sekolah. Kalau di sekolah anda tidak yakin sebab guru-guru akan memperbetulkan karangan anda. Sebaliknya bila anda menulis karangan dalam blog, tidak ada seorang guru pun boleh memperbetulkan cara pemikiran anda. Cuma, penulis blog haruslah bersabar di atas kritikan dan komen yang bakal diterima dari kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali. Ia menguji penulis blog supaya lebih menjadi seorang yang tetap pendirian, yakin pada diri sendiri , dan berani menghadapi cabaran.

5) Sebagai tempat luahan rasa bersyukur dan gembira

Dunia IT yang serba moden dan pantas ini telah mengheret manusia dari alam nyata kepada alam maya. Manusia sudah jarang untuk berjumpa dan bersosial di luar, tetapi hanya berkomunkasi melalui internet saja. Hampir 90% perbincangan di lakukan di dalam alam maya, seperti whatsapp group, Facebook group, Viber dan Skype. Jadi, blog lah cara kita untuk meluahkan rasa syukur kita diatas pencapaian yang pernah kita dapat. Segilir orang lebih selesa untuk meluahkan perasaannya di alam maya, berbanding dengan alam nyata.

6) Melatih otak supaya lebih berfikir di luar kotak


"Do not reinvent the wheel."

Penulis blog tidak digalakkan untuk membuat suatu idea yang telah ada.
Sehebat mana skil penulis, masyarakat mahu lihat sesuatu yang berlainan daripada yang lain. Contohnya, kita lihat dunia hiburan di Malaysia. Orang malaysia tidak lagi mahu lagi dengar dan lihat di kaca TV seorang penyanyi baru yang suaranya sedap seperti Siti Nurhaliza, kerana telah lahir penyanyi nombor satu tersebut, tidak perlu ada Siti Nurhaliza yang ke -2. Kalau ada pun, masyarakat mahukan yang lain daripada yang lain , dan masyarakat lebih cenderung untuk menanti idea-idea baru. Oleh itu, penulis blog harus berfikir lebih lagi dari apa yang orang telah direka oleh penulis blog yang lain. Contohnya, apabila seorang mencari maklumat dalam internet tentang cara-cara untuk mengurangkan berat badan. Saya pasti beribu-ribu laman web yang telah wujud memberikan maklumat tentang itu. Apa yang kita cari adalah sesuatu yang berlainan sikit, seperti....... bagaimana untuk mengurangkan berat badan dalam masa 1 hari dengan cara minum air suam sahaja! Pasti ramai yang nak tengok kaedah baru itu.

7) Berjumpa dengan ramai orang
Apabila anda rajin untuk menulis blog, anda berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis orang secara maya. Rangkaian kita akan semakin bertambah dan kita akan saling bertukar-tukar pendapat dengan orang yang mempunyai minat yang sama.

8) Memberi inspirasi kepada orang lain
Jika anda menjadi seorang penulis blog,anda sentiasa menulis kata-kata positif, orang ramai akan berasa yakin pada anda pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya anda dapat menaikkan semangat orang yang berada di sekeliling anda.

9) Mencuba teknologi secara percuma
Lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Bagi saya, setiap hari saya akan belajar skill-skill baru dalam blog.
Membuat satu akaun blog di blogspot.com / wordpress adalah percuma. Ambillah peluang ini untuk mencuba. Selagi kita takut untuk mencuba, selagi itulah kita tidak akan maju ke hadapan.

10) Melatih diri supaya lebih berdisplin dan cemerlang
Untuk menulis blog yang baik, seseorang penulis haruslah mempunyai sikap menyiapkan kerja sampai habis. Mengikut pengalaman saya , ia akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menulis 1000 patah perkataan. Apabila kita menulis blog , kita akan melatih diri kita untuk berdisplin di tempat kerja seperti menyiapkan projek yang ada deadline!

Selamat maju jaya!

No comments: