Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika kali pertama mengembara ke Australia. Sebelum kita hendak pergi ke sesebuah negara, mesti banyak soalan-soalan yang ada dalam fikiran anda seperti :-
1) Perlu pendaftaran visa?
2) Macam mana nak booking tiket penerbangan?
3) Nak menginap kat hotel mana? Macam mana nak book online?
4) Apakah pengangkutan awam yang sesuai digunakan?
5) Bahasa apa yang selalu digunakan oleh penduduk tempatan di sana?
6) Apakah tempat-tempat yang harus dikunjungi ?
7) Nilai matawang apa yang mereka pakai ?
8) Nak beli ole-ole paling murah atau berkualiti di mana ?
Untuk pengetahuan anda semua, maklumat-maklumat yang saya akan sampaikan ini adalah berdasarkan bulan Ogos 2013. Sesetengah maklumat-maklumat ini mungkin berubah mengikut peredaran masa yang mungkin berbeza dari tarikh penulisan.
Berdasarkan pengalaman saya, berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu :-
Pendaftaran visa
Setiap warga negara Malaysia yang bercadang untuk melawat negara Australia haruslah mendaftar visa terlebih dahulu. Anda boleh pergi ke laman web Electronic Travel Authority . Masa ketika saya daftar dulu, harga visa bagi seorang dewasa ialah AUD20 atau RM60.
Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit. Masa saya bayar dulu , saya pakai kad kredit Master Card.
Selepas selesai pendaftaram visa, sistem web ini secara automatik akan menyimpan data selari dengan maklumat nombor passport anda.
Tiket penerbangan
Rancanglah percutian anda sekurang-kurangnya 4 bulan lebih awal. Lagi awal lagi baik. Seperti mana yang ramai orang tahu, tiket penerbangan bagi penerbangan kos rendah haruslah ditempah awal untuk mendapat harga yang murah. Lawati laman web Air Asia X untuk tahu lebih lanjut.
Saya telah membeli tiket penerbangan Air Asia X 4 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. Harga tiket semasa itu ialah RM1100 seorang haluan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Melbourne.
Saya telah beli tiket tempatan Jetstar dari Melbourne ke Sydney.
Kedua-dua syarikat pernerbangan ini adalah penerbangan kos rendah.
Saya telah pun tiba di Lapangan terbang Melbourne. Kemudian terpaksa menunggu 6 jam untuk flight tempatan ke Sydney. Sebaik saja tiba saja di airport Sydney , saya terus ke stesen keretapi yang bernama Central Station.
Tempat penginapan
Kebanyakan hotel boleh ditempah secara online. Anda perlu ada kad kredit untuk proses penempahan hotel. Selalunya, penempahan hotel dibayar sebanyak 10% dahulu. Selebihnya akan dibuat semasa kita tiba di hotel penginapan.
Semasa saya tiba di Sydney, hotel yang saya menginap adalah Central Private Hotel. Ia boleh ditempah di website agoda .
Kemudian semasa saya tiba di Melbourne pula, saya menginap di Space Hotel . Ia boleh ditempah di website agoda .
Pengangkutan awam
Pengangkutan awam yang selalu digunakan di Australia adalah keretapi, bas dan trem.
Saya telah menempah tiket bas secara dari Sydney ke hotel dengan menggunakan perkhidmatan SkyBus.
![]() |
Melbourne, Australia |
Makanan
Biasanya, masyarakat orang melayu dan beragama Islam seperti saya, amat mengutamakan ciri-ciri kebersihan dan status halal. Ramai orang mencadangkan saya supaya membawa bekal dari Malaysia, tetapi sebanyak mana bekalan yang kita bawa tu boleh tahan sampai berminggu-minggu?
Jadi, saya mengambil jalan penyelesaian dengan melakukan survey ringkas tentang lokasi-lokasi restoran yang bersih dan halal.
Terdapat berpuluh-puluh restoran yang menawarkan masakan halal. Akan tetapi, hanya beberapa tempat saja yang sempat saya pergi.
Antaranya ialah :-
Sydney : Malay Village, Gozleme (Haymarket)
Melbourne : Nelayan Indonesia Restaurant, Melbourne Halal Kebab
Tempat-tempat yang harus dikunjungi
9 hari di Australia tidak cukup bagi saya untuk menjelajahi kesemua tempat-tempat menarik di Australia. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengambil pakej-pakej yang ditawarkan di laman web internet, dan selebihnya mengembara secara "free and easy". Antara tempat-tempat menarik adalah :-
Sydney
1) Harbour Bridge
2) Opera House
3) Market City
4) Circular Quay
5) Bondi Beach (Sydney and Bondi Beach Hop on Hop Off Tour) highly recommended
6) Wild life package highly recommended - AUD63/person including all 5 entrance fees.
- Sydney Tower Eye
- Sydney Aquarium Wild Life
- Sydney Zoo
- Madame Tussauds
- Manly Sea Life Sanctuary
Melbourne
1) Queen Victoria Market highly recommended
2) Flinders Street
3) National State of Victoria
4) Direct Factory Outlets (DFO) highly recommended - shopping barang branded direct dari kilang
Sydney Wildlife Zoo
![]() |
Suasana Melbourne ketika malam |
![]() |
Flinders Street |
Jambatan semasa perjalan ke DFO
Perkhidmatan trem (City Circle) secara percuma
![]() |
State Library of Victoria |
![]() |
Naik kuda semasa berada di Flinders Street |
Nilai matawang Australia dipanggil Australian Dollar. Pertukaran nilai matawang Ringgit Malaysia kepada Australia dollar adalah seperti berikut :-
MYR1.00 = AUD 0.33
AUD 1.00 = MYR3.01
*Nilai pertukaran wang semasa 25August2013
Tempat-tempat yang sesuai untuk membeli cenderahati / ole-ole
Tempat yang paling saya suka ialah Queen Victoria Market. Tempat ini sangat popular dikalangan pelancong kerana harga yang ditawar di situ sangat murah! Ia terletak di Melbourne, Australia.
Queen Victoria Market dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu.
Berdiri di hadapan Queen Victoria Market |
Hasil ole-ole yang telah dibeli |
![]() |
Daging buaya di Lapangan terbang Melbourne |
Banyak lagi video-video yang tak sempat nak upload di sini kerana kesuntukan masa. InsyaAllah, saya akan update dari semasa dan semasa. Sekian saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
Selamat maju jaya kepada orang Malaysia yang ingin ke sana suatu hari nanti.
Ingatlah slogan syarikat penerbangan MAS yang berbunyi lebih kurang macam ni :
"Setiap orang adalah pengembara. Kita diciptakan untuk saling mengenali antara satu sama lain."
Selamat maju jaya!
No comments:
Post a Comment