Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya berharap anda semua sihat-sihat belaka dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melawat web saya ini.
Jam di tangan sedang menunjukkan pukul 6:30 petang bertarikh 6 Oktober 2013 hari Sabtu, saya baru saja balik dari program sukarelawan Aman Palestine yang dijalankan di Souq, 10, Jalan 16/2 , Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Ini lah kali pertama saya menjadi sukarelawan mewakili komuniti untuk mendedahkan maklumat Aman Palestin , di samping mengutip derma, menjual barang-barang seperti tafsif Al-Quran, Kain mafla, bagde, buku, novel, alat tulis, kuih biskut, sticker kereta dan banyak lagi. Hasilnya akan disumbangkan kepada tabung Amal Palestin Berhad.
Saya telah dijemput oleh wakil dari Islamic Aid Malaysia. Saya juga berasa senang hati kerana dapat menyumbang tenaga sukarela ke arah agama, bangsa dan negara. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi bernyawa untuk membuat ibadah di Malaysia dengan selamat, jika dibandingkan denga negara-negara yang dilanda perang seperti Palestin, Syria, dan Afghanistan. Kita orang Malaysia masih lagi boleh sembahyang 5 waktu dengan tenang dan selamat, jika dibandingkan dengan bunyi-bunyi bom di negara sana.
Sudah lama terdetik di hati saya untuk menyertai program-program seperti ini, dan akhirnya tercapai juga cita-cita saya.
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain."
-Dato Dr. Fadzilah Kamsah-
Berikut adalah kebaikan-kebaikan menyertai program sukarelewan:-
1) Mempelajari kemahiran-kemahiran baru.
Mahatma Gandhi pernah berkata, Live as if you were to die tomorrow, Learn as if you were live forever.
Ia masih belum terlambat untuk belajar kemahiran baru, walaupun anda telah tamat pengajian di univerisiti, ini tidak bermaksud anda perlu berhenti belajar. Semasa program sukarelawan, anda akan belajar kemahiran seperti berkomunikasi dengan masyarakat, belajar pasal serba sedikit tentang kira-kira kewangan, pengurusan manusia, dan bekerja di dalam berkumpulan.
2) Menjadi sebahagian dari komuniti
Manusia ciptakan untuk hidup dalam kelompok dan saling perlu memerlukan. Kerja yang besar harus mendapat tenaga kerja yang banyak dari masyarakat. Sukarelawan anda sedikit sebanyak membantu komuniti untuk bekerja dalam satu kumpulan. Lihatlah penduduk-penduduk di Jepun, mereka lebih mementingkan aktiviti berkumpulan di dalam organisasi. Sebab itulah mereka berjaya menghasilkan produk-produk bertaraf antarabangsa seperti Honda, Toyota, Yamaha, Suzuki, dan banyak lagi.
3) Memupuk sikap hidup berkelompok, bermasyarakat, dan saling bantu membantu
Manusia tidak dicipta dengan sempurna. Ada yang bernasib baik, dan ada yang tidak. Ada banyak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Bagaimana perasaan anda jika ahli keluarga anda terbunuh dalam peperangan? Beribu-ribu kanak menjadi mangsa keganasan peperangan, ada juga bayi yang baru beberapa bulan dilahirkan di negara-negara berperang mungkin menghadapi risiko penyakit akibat tidak mempunyai makanan yang seimbang. Rakyat Malaysia haruslah berasa bersyukur kerana kita masih lagi boleh menikmati makanan-makanan yang enak, tidur dalam keadaan nyenyak, sembahyang dalam keadaan aman, dan hidup dalam keharmonian di negara yang berbilang kaum.Jika kita berada di tempat yang tinggi, kita haruslah lihat ke bawah. Suatu hari nanti kita pula akan berada di tempat mereka juga.
"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima."
Jadi, sikap bantu membantu akan terpupuk jika kita menolong orang-orang di negara yang dilanda kemiskinan dan berperang.
4) Berpeluang berjumpa dengan ramai jenis orang
Mengikut pengalaman saya ketika hari pertama menyertai program sukarewan Amal Palestin, saya telah bertemu dengan pelbagai jenis orang, antaranya pengarah syarikat, guru, pensyarah, peniaga dan ada juga orang yang tidak mempunyai pekerjaan! Dunia ini sangatlah kecil, saya juga berjumpa orang-orang yang saya kenal sebelum ini. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk berhasat dengki atau berbuat sombong dengan orang lain, suatu hari kita pasti akan jumpa dia lagi. :) Di saat inilah terdetik di hati saya bahawa kita hidup kita ini akan sentiasa dikelilingi oleh orang yang senang dan susah, tetapi masih ada juga yang mempunyai hati yang sangat ikhlas dalam menyumbangkan tenaga kepada sukarelawan.
8) Melatih diri untuk berkomitmen dan memegang jawatan komuniti .
Saya telah ditugaskan untuk menjaga booth selama 6 jam. Kepercayaan yang orang telah berikan kepada saya, alhamdulillah saya pikul dengan baik. Saya telah dilatih dengan sendiri untuk mengurusakan lebih 100 barangan Amal Palestin untuk dijual kepada orang ramai. Di sinilah saat saya diuji untuk berlatih kebolehan saya untuk berkomunkasi dengan baik. Walaupun cabaran ini tidaklah sehebat duta Malaysia yang ditugaskan ke Gaza, tetapi saya masih lagi ada sikap amanat dan berkomitmen dalam diri sendiri.
9) Melabur pahala kita di akhirat esok
Kita harus sedar bahawa manusia akan banyak mebhabiskan masa di akhirat. Sekaya-kaya seorang manusia pun , harta akan boleh dipakai di bumi saja. Setinggi-tinggi pelajaran kita di menara gading sekalipun, jika tidak digunakan untuk masyarakat tidak berguna juga. Sebenarnya tujuan asal kita adalah untuk berbuat baik kepada masyarakat setempat. Berlaburlah di jalan akhirat yang kekal abadi. Bila kita meninggal dunia esok, sekurang-kurang tercatit amalan kita menderma dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah.
Banyak kelebihan-kelebihan apabila anda meluangkan masa pada aktiviti sukarelawan. Jika saya ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan Malaysia pergi ke Gaza (Palestin), saya akan berikan komitmen yang tinggi , memberi sumbangan tenaga yang terbaik , demi agama bangsa, dan negara. Oleh itu, saya amatlah menyarankan kepada remaja-remaja di luar untuk menyertai program-program seperti ini.
Semoga kita semua dapat meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan pada masa akan datang. Program yang akan datang adalah Hari raya Qurban pada 15 Oktober 2013 & Larian Amal Palestin pada 13 November 2013.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh melawati laman web amal palestin di www.amanpalestin.net , atau hubungi 019-2007648 / 019-7355018 / 017-2517325
No comments:
Post a Comment