"Tak akan Melayu Hilang di Dunia?"
Anda semua mungkin familiar dengar perkataan "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia". Bila aku nak pergi solo backpacking trip ke Kunming bulan disember 2013 tak lama lagi ni, aku terdengar respon daripada budak office aku cakap bahawa ada bangsa melayu yang tinggal di Yunnan, China! Mengikut katanya , ada masyarakat di kawasan sana yang pakai baju melayu sama macam Melayu kat Malaysia. Terdetik hati aku nak kaji serba sedikit pasal asal usul melayu. Yang paling aku excited baca ialah keturunan bangsa melayu juga berasal dari Nabi Ibrahim. Search google, aku terjumpa artikel ni. Artikel ini pernah post kat facebook group Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad .:-
Asal Usul Bangsa Melayu
oleh HELMI AFFENDI
Kebanyakan para pengkaji sejarah pasti bersetuju dengan saya bahawa asal usul yang paling pangkal bangsa Melayu ialah daripada keturunan Nabi Ibrahim. Rekod sejarah mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkahwin untuk kali ketiga dengan seorang gadis misteri yang bernama Keturah.
Daripada keturunan Keturah ini, lahirnya bangsa Melayu. Ibu Attir dalam kitabnya Al-Kamil fi Al-Tarikh berkata umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini. Ada juga sejarawan seperti Ibnu Yusof yang mengatakan bahawa nama Melayu itu datangnya dari Malai-Ur, nama sebuah Kerajaan Chaldea, kerajaan tempat asal usul Nabi Ibrahim.
Bagaimana orang Melayu boleh sampai di Nusantara? Terdapat teori yang menarik yang saya mahu kongsikan. Berdasarkan rekod Bani Israrel, dikatakan bahawa Nabi Ibrahim mengarahkan keturunan Keturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah ke sebuah tanah yang dijanjikan tuhan di timur jauh, iaitu "Promising Land" yang dicari oleh yahudi pada hari ini.
Keturah masih didebatkan oleh sejarawan pada hari ini. Ada yang mengatakan bahawa terdapat kekeliruan para sejarawan menafsirkan tentang seorang isteri yang hidup bersama Nabi Ibrahim selepas kematian Siti Sarah. Mereka mengatakan bahawa Keturah itu sebenarnya Siti Hajar dan anak-anak Keturah itu bilangannya sama dengan anak Siti Hajar.
Daripada arahan Nabi Ibrahim, maka berangkatlah keturunan Keturah ini mengembara mencari tanah yang dikatakan. Pengembaraan yang panjang dialami oleh keturunan Keturah. Dalam perjalanan, mereka berasimilasi dengan bangsa-bangsa yang mereka temui dalam perjalanan.
Kerana itu, kita dapat menemui banyak jejak bangsa Melayu di merata dunia. Sejarawan yang menemui peninggalan bangsa Melayu di Yunnan, terus melabelkan bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan padahal bahasa penduduk Yunnan bukannya dalam kategori Austronesia seperti mana bahasa Melayu itu sendiri.
Ada sejarawan yang menemui keris di dasar laut Jepun terus menidakkan teori dari Yunnan. Mereka mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari suku asli penduduk kepulauan Jepun seperti suku Ainu. Namun, ada juga sejarawan yang menemui keris tanpa hulu ditemui di Russia pada tahun 1999 oleh para arkelogi.
Sesungguhnya, asal usul bangsa Melayu ini sangatlah rumit untuk dijejaki berbanding asal usul bangsa lain di dunia. Orang Melayu berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain, meninggalkan jejak bangsa mereka di situ sehingga sukar dikenal pasti asal usul mereka. Selepas ditemui 'promising land' ini, mereka tidak lagi berpindah randah. Mereka kekal di situ buat selama-lamanya.
Hari ini, promising land itu dikenali dunia dengan pelbagai nama. Pernah dilabel sebagai "Semenanjung Emas" oleh orang Yunani. Srivijaya dan Melaka sekadar nama kerajaan hebat yang ditubuhkan oleh bangsa yang lahir dari keturunan Keturah ini.
Malayo-Polinesian Dan Austronesian (Rumpun Melayu)
Orang Melayu pada hari ini dikelaskan oleh para pengkaji dalam kumpulan Polinesian dan Austronesian. Dalam erti kata lain, istilah saintifik itu lebih kurang sama maksudnya dengan Rumpun Melayu. Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa. Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu tetapi masih serumpun.
Melayu terdiri daripada ratusan etnik seperti Sunda, Jawa, Bugis, Melayu Kedah, Melayu Kelantan, dan banyak lagi. Mereka berbeza etnik tetapi masih dalam rumpun yang sama. Sebab itu saya pening kepala dengan orang Indonesia. Acap kali dikatakan kita mencuri budaya mereka.
Saya mahu bertanya kepada rakan Indonesia kita, apakah kami orang Melayu di Semenanjung ini ialah bangsa asing yang tiba-tiba mencuri budaya kalian? Tidak! Kami berasal dari nenek moyang yang sama dengan kalian juga. Kita pernah sama-sama dahulu, sebelum dipisahkan oleh penjajah membina kerajaan-kerajaan hebat bangsa kita seperti Srivijaya, Melaka dan Majapahit.
Tetapi, kenapa kamu seakan-akan dirasuk menuduh adik beradik kalian sebagai MALING? Apa kamu ini dibutakan oleh media kalian sheingga tidak nampak perkaitan serumpun antara kita? Fahamkan bahawa budaya itu milik BANGSA bukannya NEGARA. Sebab itu orang India dan China dari negara mereka tidak pernah marah orang India dan Cina di Malaysia mengamalkan budaya mereka di Malaysia. Mereka faham sesuatu yang orang Indonesia tidak pernah MAHU FAHAM!
Dulu tiada BANGSA INDONESIA atau BANGSA MALAYSIA tetapi NUSANTARA atau RUMPUN MELAYU!
Sifat Bangsa Melayu
Orang Melayu ini mempunyai satu sifat yang masih diwarisi sehingga hari ini. Iaitu mereka mampu survive dalam lautan sejarah walaupun bangsa yang seusia dengan mereka sudah lama pupus seperti Bangsa Qibti yang membina Tamadun Mesir. Seperti bangsa Mayan, Aztec dan Olmec di Amerika Tengah.
Walaupun orang Melayu telah dijajah oleh banyak kuasa dunia, namun bangsa ini masih liat berdiri hari ini. Kenapa? Kerana orang Melayu suka berkerajaan. Kerana melalui kerajaan, orang Melayu akan survive dalam lipatan sejarah. Sebagai contoh, ketika Srivijaya jatuh, maka orang Melayu pantas mendirikan kerajaan Melaka.
Acap kali ada kerajaan Melayu yang tumbang, maka orang Melayu akan cepat-cepat menubuhkan kerajaan yang lain kerana sifat mereka yang suka berkerajaan. Sebab itu hari ini, kita dapat melihat bahawa orang Melayu mempunyai banyak raja sedangkan bangsa lain di dunia hanya mempunyai satu raja.
Hebat bukan?
Orang Melayu juga merupakan seorang pelaut yang hebat. Mereka suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa barangan dagangan. Kerana itu Asia Tenggara sehingga ke Kepulauan Pasifik kembali ke Madagascar digelar sebagai Benua Melayu oleh pengkaji.
Jejak bangsa Melayu boleh ditemui di sekitar kawasan itu. Di Madagascar, rumpun Melayu iaitu Malagasy walaupun bukan penduduk majoriti di situ namun merupakan pemerintah dan raja. Kerajaan-kerajaan yang didirikan oleh orang Melayu bersifat maritim.
Pernah dengar nama Awang Hitam aka Enrique? Dia ialah orang Melayu dan merupakan manusia pertama yang mengelilingi dunia, bukannya Magellan. Lautan bagi orang Melayu merupakan mainan sahaja.
No comments:
Post a Comment