Minyak Petrol Ron 95 dan Ron 97. Mana satu lagi jimat ?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua. Terdetik hati saya untuk membuat kira-kira semula tentang perbelanjaan harian, antaranya penggunaan minyak petrol pada kereta.

Post kali ni saya nak kongsi kan serba sedikit mengikut pengalaman saya sendiri menjalankan kajian perbezaan minyak petrol Ron 95 dan Ron 97 keluaran Petronas. Tujuan saya buat kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti minyak jenis manakah yang lebih jimat?


Harga pasaran minyak petrol pada ketika itu ialah 8 Januari 2017 :

RON 97RM2.40 per liter

RON 95RM2.10 per liter


1) Bahan-bahan kajian yang digunakan :

         a) Minyak petrol - Jenis Ron 95 dan Ron 97 , Petronas




         b) Kereta - Jenis Honda City enjin 1.5 , keluaran tahun 2014



         c) RM100 tunai - Sebab nak isi dua kali. RM50 untuk RON97 , RM50 untuk RON97.



Jadi, kajian saya ialah sana nak pastikan setiap kali saya isi minyak berharga RM50, berapa jauh kereta saya dapat pergi.

2) Isian pertama isi minyak RON97 sebanyak RM50

        a) Bacaan meter sebelum isi   : 2576.2 km
        b) Bacaan meter selepas guna : 2892.5 km

Jumlah jarak (b) - (a) = 2892.5 km - 2576.2 km 
                                  = 316.3 km

Kadar penggunaan = 316.3 km / RM50 
                                = 6.326  


Apabila saya isi RM50 minyak petrol jenis RON 97, kereta saya dapat pergi sejauh 316.3 km.
Seumpamanya dengan isi minyak RM1, anda dapat pergi sejauh 6.326 km.



3) Isian kedua minyak petrol RON95 sebanyak RM50


        a) Bacaan meter sebelum isi   : 2892.5 km
        b) Bacaan meter selepas guna : 3200.4 km

Jumlah jarak (b) - (a) = 3200.4 km - 2892.5 km
                                   = 307.9km

Kadar penggunaan, 307.9 km / RM50 = 6.162 

Jadi, apabila saya isi RM50 minyak petrol jenis RON 95, kereta saya dapat pergi sejauh 307.9 km.
Seumpamanya dengan isi minyak RM1, anda dapat pergi sejauh 6.162 km.

4) Permerhatian lain-lain ketika kajian

      a) Enjin kereta saya kedengaran lebih senyap sedikit ketika menggunakan minyak petrol RON 97.
      b) Enjin kereta saya lebih berat (solid) ketika menggunakan minyak petrol RON 97.


Kesimpulan

Penggunaan minyak petrol RON97 adalah lebih jimat sebanyak 16.4% daripada minyak petrol RON 95.




Kalau korang nak cuba sendiri pun boleh. Good luck! :)



No comments: