Salam satu Malaysia dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi lawat blog saya walaupun sebentar. Saya baru nak mula tulis blog balik, harap-harap dapat memberi sedikit input kepada para pembaca.
Hampir seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak petrol RON 95 sebanyak RM0.20 . Walaubagaimanapun, kita ketepikan soal politik sementara, kita bincang pasal minyak petrol.
Saya bukanlah seorang pakar dalam ekonomi, petroleum, apatah lagi nak cerita lebih terperinci pasal harga minyak sedunia. Saya cuma seorang rakyat Malaysia biasa setiap pagi hari Isnin hingga jumaat pergi kerja dengan menaiki kereta. Setelah berbual dengan kawan-kawan saya yang mempunyai latar belakang jurusan ekonomi, mereka kata harga minyak tetap akan terus naik selari dengan peredaran zaman kita. Petrol dihasilkan daripada sumber asli yang makin lama, makin berkurangkan. Permintaan semakin tinggi, sebab itulah harganya semakin mahal.
Jika kita terus menunding jari menyalahkan orang lain atas sebab kenaikan harga minyak saja, kita tidak akan memperbaiki diri sendiri, malah sikap menyalahkan pihak dapat memakan diri sendiri.
Oleh yang demikian, kita sebagai manusia haruslah bijak mencari alternatif lain (penyelesaian), daripada terus merungut menyalahkan pihak lain.
Harga minyak akan terus naik, tetapi kita masih lagi mempunyai masa untuk mencuba cara-cara untuk jimatkan petrol.
Jom, saya nak kongsikan cara-cara nak jimatpenggunaan minyak petrol :-
1) Kurangkan kelajuan kereta
Bawa kenderaan anda dengan perlahan. Ia tidak bermaksud anda harus bawa kenderaan seperti kelajuan siput. Tetapi kurangkan memecut. Kalau boleh pandu pada tahap RPM kurang daripada 3.
2) Periksa tekanan tayar kenderaan anda
Pastikan tayar anda tidak terlalu pancit. Tayar yang pancit dapat "memberatkan" kenderaan anda. Pastikan tayar kenderaan anda diisi dengan tekanan yang dicadangkan. Setiap tayar kenderaan ada tertulis tekanan yang optimum / sesuai untuk kenderaan anda.
3) Isi minyak penuh , jangan laraskan picu pemegang minyak kepada paling laju
Molekul petrol akan tersejat dengan cepat jika paras minyak petrol dalam tangki kurang. Kalau anda laraskan picu minyak kepada yang paling laju, kebarangkali udara untuk masuk ke dalam tangki minyak semakin tinggi. Jadi, tekan picu dengan perlahan semasa isi minyak.
4) Parking di tempat yang teduh, atau kurang panas
Cari tempat-tempat yang tidak terdedah dengan kawasan panas terik matahari. Cuaca yang panas akan menyebabkan minyak dalam tangki kenderaan tersejat kepada molekul udara dengan lebih cepat.
5) Isi minyak pada waktu awal pagi
Setiap stesen minyak mempunyai tangki yang sangat besar di bawah tanah. Ketika waktu siang, tangki ini bersuhu panas. Ketika waktu malam, tangki ini bersuhu sejuk. Jadi, isilah minyak pada awal pagi, kerana molekul-molekul minyak petrol yang anda isi ke dalam tangki minyak adalah molekul-molekul dalam keadaan yang padat, kurang tersejat.
6) Kurangkan jumlah berat kenderaan
Keluarkan barang-barang yang tidak perlu yang masih lagi di simpan di dalam kereta.
Tinggalkan hanya tanya spare di dalam bonet kereta. Semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak petrol disedut untuk proses pembakaran bagi menjalankan kenderaan.
7) Melakukan servis kenderaan berkala
Periksa jika ada kebocoran pada tangki minyak, air enjin, minyak enjin, air bateri dan lain-lain yang berkaitan dengan prestasi kereta.
Ini bertujuan untuk mengelakkan kenderaan anda dari terus membazirkan minyak petrol tanpa sedar.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment