Masalah kehidupan harian kita samalah seperti mengangkat Baldi Air



"Orang yang tidak mempunyai masalah langsung dalam hidupnya, adalah orang yang benar-benar bermasalah." 
-Shahrin Fuzi 2013-


Semua orang mempunyai masalah kehidupan seharian. Tidak kira kita ni berasal dari keluarga orang kaya mahupun dari keluarga orang miskin. Mengikut kajian yang dilakukan di University of Georgia Amerika Syarikat, ramai yang membunuh diri akibat muflis akibat tekanan bebanan hutang yang banyak. Jadi, orang kaya tak semestinya sentiasa senang. Orang miskin tak semestinya akan sentiasa susah.

Apa pun latar belakang keluarga kita, ia tidak akan menjamin masa depan kita. Yang menjamin masa depan kita adalah tingkah laku kita berdepan dengan masalah kehidupan seharian itu sendiri. Bagi saya, orang yang tidak mempunyai masalah langsung dalam hidupnya adalah orang gila.

Saudara dan saudari sekalian, anggaplah kehidupan kita ini seperti mengangkat baldi yang berisi air.




Seberapa besar mana pun masalah kita ada, ia mampu diselesaikan. Banyangkan situasi anda ingin memindahkan 1 tangki air ke tempat yang lain. Anda hanya diberikan beberapa jenis baldi pelbagai saiz. Semuanya terserah kepada anda bagaimana nak bawa air itu ke satu tangki yang lain yang jaraknya 500 meter. Orang yang lebih suka selesaikan masalah dengan cepat dan berat, lebih cenderung untuk memilih baldi yang saiz besar. Manakala orang yang lebih suka selesaikan masalah dengan lambat dan ringan, akan memilih baldi yang saiz kecil.

Tidak kira siapa yang akan selesaikan masalah ni, kedua-dua jenis orang ni akan selesaikan juga.

Walau bagaimana cara sekali pun, kita haruslah meneruskan kehidupan. Pilihan untuk keluar dari track kehidupan ini bukan pilihan yang bijak. Biarlah lambat macam mana sekali pun, kita tetap harus berjalan ke depan. Tiada bekalan air, kita akan terus mati kehausan. Walaupun kita lambat, ia tidak bermakna kita masih terlewat. Kita lambat bermaksud kita lebih suka kan masalah diselesaikan dengan cara yang selamba dan tenang.

Mengikut pengalaman saya, ramai kawan-kawan saya yang telah berjaya dalam hidup mereka. Ada yang menjadi doktor, peguam, arkitek, jututera, guru dan macam-macam pekerjaan yang hebat-hebat. Bagi saya, saya memegang prinsip "Jadilah diri anda sebenar, sebagaiman yang anda mahukan."
Pada mulanya, terdetik hati saya bahawa diri saya penuh dengan kekurangan, begitu lambat membuat keputusan dalam hidup, dan seolah-olah tidak setanding dengan mereka. Tetapi saya yakin, mereka yang berjaya pasti mempunyai masalah juga suatu hari nanti.

Para pembaca sekalian, jika semua orang di dunia ini mempunyai masalah, jadi apa yang sebenarnya membezakan antara kita dengan orang lain?

Jawapannya ialah, yang membezakan diri kita dengan orang lain ialah cara menyelesaikan masalah tersebut.

Ambil cerita mengangkat baldi tadi sebagai teladan.

Di sini saya akan kongsikan sedikit cara-cara untuk menghadapi masalah seharian :-

1) Lihat, senyap dan dengar.
Setiap masalah hadir dalam hidup kita mempunyai puncanya. Kepakaran anda dalam mengambil maklumat-maklumat bagaimana ia boleh terjadi sangatlah penting. Ini kerana jika masalah ini hadir pada masa depan, anda sudah tahu puncanya.

2) Kaji masalah sama ada kali pertama berlaku atau pernah berlaku sebelum ini
Kalau masalah ini pernah anda lalui, cuba ingat balik apa langkah-langkah yang terbaik anda pernah ambil.
Kalau masalah yang timbul ini baru berlaku kali pertama, ambil inisiatif untuk tanya pendapat dari orang lain.

3) Tanya pendapat orang lain 
Kongsikan masalah anda dengan orang yang paling rapat dengan anda. Jadikan mereka untuk tempat luahan hati anda ketika menghadapi masalah yang kronik tu. Kita hidup di dunia ini, bukanlah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah secara sendiri, oleh itu jangan malu untuk bertanya pendapat dari orang lain supaya keputusan yang anda akan buat itu lebih praktikal dan matang. Orang yang menasihat anda mungkin telah melalui nya ketika dulu, tetapi anda harus berhati-hati ketika menerima pendapat-pendapat tersebut, ia mungkin baik untuk anda, atau sebaliknya. Kita masalah anda kritikal, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan kaunselor di sekolah, atau pakar kaunseling.

4) Luangkan masa untuk menilai sendiri pilihan yang ada
Seelok-elok beri masa untuk anda sendiri yang membuat keputusan. Orang boleh memberi pendapat, tetapi yang menentukan adalah anda. Tetapkan masa untuk membuat keputusan akhir.


5) Berusaha ke arah pilihan.
Yakin dan anggaplah keputusan yang anda ambil itu adalah yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa setiap keputusan hidup ada risikonya. Berani bertanggungjawab ke atas keputusan itu, kerana andalah orang yang akan bertanggungjawab nanti.

5) Redha dan tawakal
Jangan sesekali menyesal terhadap keputusan muktamad yang telah diambil. Jika ia menunjukan respon yang baik, bersyukurlah. Jika ia tidak baik, anggaplah tiada rezeki dan sentiasa berfikiran positif. Lebih baik membuat keputusan yang kongkrit, daripada menjadi seperti lalang yang tidak tetap berpendirian.

6) Bersedia untuk menghadapi masalah yang sama akan datang
Masalah harian itu akan hadir lagi. Belajar lah menghadapinya supaya keputusan yang akan diambil itu lebih matang dan tepat.

Sekian saja buat masa ini, diharap para pembaca dapat mengambil serba sedikit input dari blog ini.



Cara-cara nak jimat penggunaan minyak petrol






Salam satu Malaysia dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi lawat blog saya walaupun sebentar. Saya baru nak mula tulis blog balik, harap-harap dapat memberi sedikit input kepada para pembaca.

Hampir seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak petrol RON 95 sebanyak RM0.20 . Walaubagaimanapun, kita ketepikan soal politik sementara, kita bincang pasal minyak petrol.

Saya bukanlah seorang pakar dalam ekonomi, petroleum, apatah lagi nak cerita lebih terperinci pasal harga minyak sedunia. Saya cuma seorang rakyat Malaysia biasa setiap pagi hari Isnin hingga jumaat pergi kerja dengan menaiki kereta. Setelah berbual dengan kawan-kawan saya yang mempunyai latar belakang jurusan ekonomi, mereka kata harga minyak tetap akan terus naik selari dengan peredaran zaman kita. Petrol dihasilkan daripada sumber asli yang makin lama, makin berkurangkan. Permintaan semakin tinggi, sebab itulah harganya semakin mahal.

Jika kita terus menunding jari menyalahkan orang lain atas sebab kenaikan harga minyak saja, kita tidak akan memperbaiki diri sendiri, malah sikap menyalahkan pihak dapat memakan diri sendiri.

"It is better to find an umbrella, than cursing the rain."

Oleh yang demikian, kita sebagai manusia haruslah bijak mencari alternatif lain (penyelesaian), daripada terus merungut menyalahkan pihak lain.

Harga minyak akan terus naik, tetapi kita masih lagi mempunyai masa untuk mencuba cara-cara untuk jimatkan petrol.

Jom, saya nak kongsikan cara-cara nak jimatpenggunaan minyak petrol :-

1) Kurangkan kelajuan kereta
Bawa kenderaan anda dengan perlahan. Ia tidak bermaksud anda harus bawa kenderaan seperti kelajuan siput. Tetapi kurangkan memecut. Kalau boleh pandu pada tahap RPM kurang daripada 3.

2) Periksa tekanan tayar kenderaan anda
Pastikan tayar anda tidak terlalu pancit. Tayar yang pancit dapat "memberatkan" kenderaan anda. Pastikan tayar kenderaan anda diisi dengan tekanan yang dicadangkan. Setiap tayar kenderaan ada tertulis tekanan yang optimum / sesuai untuk kenderaan anda.

3) Isi minyak penuh , jangan laraskan picu pemegang minyak kepada paling laju
Molekul petrol akan tersejat dengan cepat jika paras minyak petrol dalam tangki kurang. Kalau anda laraskan picu minyak kepada yang paling laju, kebarangkali udara untuk masuk ke dalam tangki minyak semakin tinggi. Jadi, tekan picu dengan perlahan semasa isi minyak.

4) Parking di tempat yang teduh, atau kurang panas
Cari tempat-tempat yang tidak terdedah dengan kawasan panas terik matahari. Cuaca yang panas akan menyebabkan minyak dalam tangki kenderaan tersejat kepada molekul udara dengan lebih cepat.

5) Isi minyak pada waktu awal pagi
Setiap stesen minyak mempunyai tangki yang sangat besar di bawah tanah. Ketika waktu siang, tangki ini bersuhu panas. Ketika waktu malam, tangki ini bersuhu sejuk. Jadi, isilah minyak pada awal pagi, kerana molekul-molekul minyak petrol yang anda isi ke dalam tangki minyak adalah molekul-molekul dalam keadaan yang padat, kurang tersejat.

6) Kurangkan jumlah berat kenderaan
Keluarkan barang-barang yang tidak perlu yang masih lagi di simpan di dalam kereta.
Tinggalkan hanya tanya spare di dalam bonet kereta. Semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak petrol disedut untuk proses pembakaran bagi menjalankan kenderaan.

7) Melakukan servis kenderaan berkala
Periksa jika ada kebocoran pada tangki minyak, air enjin, minyak enjin, air bateri dan lain-lain yang berkaitan dengan prestasi kereta.

Ini bertujuan untuk mengelakkan kenderaan anda dari terus membazirkan minyak petrol tanpa sedar.


Selamat mencuba!

5 ways to become a successful System Administrator




I have total of 5 years of working experience as an IT Engineer. I do not consider myself as a very successful engineer, but I would like to share my experience with you guys. For successful system administration, you need more than just the required technical skills. Below is a list of five slightly non-technical abilities that should be developed in order to become the best system admin ever.



Working with servers and network cables in the data centre




1. Monitor, measure, and record.
Yes, you know what the swap usage is today because there’s a problem with the disks thrashing and it’s causing the server to go slow. But your users are complaining to management that it’s an ongoing issue and now management is asking you for data. What, you haven’t been documenting this, so it’s now your word against Sales and Marketing? Guess who wins that argument by default? You’re responsible for the system, so they will make this your problem. So get/build/buy a system to monitor, measure, and record that data so you can build pretty power-point slides for finance next time you need to ask for hardware upgrades, or to prove that the issues are caused by bad software rather than your perfectly functioning servers. Even if you are just running a single server for an employer, a client, or even yourself, it’s good data to have for some unforeseen reason someday.

A shortlist of things to start monitoring/recording/charting/graphing:

Load average
Memory usage
Disk I/O (transactions per second)
Network throughput (in Mbits/sec)
Network throughput per virtual host/site
Transfer (in GB/month)
Transfer per virtual host
Disk storage (monthly in GB) and also daily rolling average if files are uploaded and deleted regularly)
Average response time of test URI under your control (in milliseconds)
Average response time of a PHP (or Ruby/Python/etc.) page under your control that does not change. Testing real web pages gives you a consistent baseline that you can use to narrow the problem to the server, the OS, or the web code itself.
SSH logins per day/month by user and IP address
Anything you feel is necessary, or will get questions on later
Once you have consistent information, you’ll start seeing patterns and can look for things out of the ordinary. It’s also good for correlating data to behaviors when you’re troubleshooting issues and aren’t sure where to start.

I was conducting a training to government staffs



2. Develop project management habits.
Even for small, one-person projects. Write up a small scope of work, write requirements, get sign-off from stakeholders on their expectations, plan a schedule, and record your activities. Write up a postmortem document at the end. Even if it’s just for yourself. It doesn’t have to be fancy, and it certainly doesn’t have to be formal PMBoK activities.

It may seem bureaucratic managing all that paper and it may seem like you’re spending more time on paperwork than sysadminning, but it helps keep you organized when your boss hands you random high-priority assignment that strays you from your task. It’s also handy when you build a new system and users complain that it doesn’t do what they wanted it to do. See? You got their sign-off on the requirements document right there…

Even if it’s just for yourself, one day you’ll ask yourself, “now why on earth did I install Acme::Phlegethoth on this server? Oh yeah, it was for that weird commune who needs it for their application code…”

3. Develop a system for day-to-day work.
Again, this may seem bureaucratic, but if you spend your days just “doing stuff” without a To-Do list, you may find it difficult to explain to your boss next week exactly what you’ve been doing with your time. I’ve become a fan of Kanban boards lately because it’s a visual device that your boss (or anyone who assigns you work) can interact with. Let’s say I’ve got three items I plan to work on today that should fill up my 8 hours. “Oh, you need me work on this other item instead?


Yes sir! Here is what I planned to work on today. Which one should I deprioritize in favor of this one? Oh, so it’s more important than this one, but not as important as these two? That’s fine, I can requeue that lower priority one and get to it later.” This helps set expectations. I know of one graphic designer who used it to coordinate her work between three competing project managers. If one asked her to prioritize something, she’d show him her board and send him to the other project managers to negotiate the conflict and coordinate their deadlines. Even if no one else looks at your board but you, it helps to keep you organized.



I was presenting MySQL database training Jabatan Alam Sekitar IT team

4. Develop communications skills (sales, presentation, etc)
It took me a while to really understand why this is important. Yes, today you just want to sit in a server room, keep things running, and look at Lolcats. But tomorrow, you may have other people assisting (or working for) you. You need to be able to communicate expectations. You need to propose and advocate your ideas (great ideas never stand on their own merit unless and until they are properly communicated), to your peers or to management.

Maybe you need to convince someone that they need to upgrade the web server. Maybe you need to explain your new server proposal that will fix all their problems. Maybe you need to convince the developer that his code is really causing those memory leaks, but you need to present it in a non-accusatory manner. I’m personally a big fan of Toastmasters for this, as it’s the cheapest and most effective way to improve your ability to communicate.



Doing back up for High Performance Computing at Malaysian Genome Institute 

5. Start preparing for “what if” scenarios.
Your servers will crash. Your servers will be hax0r3d. Your backups will be corrupted. So start figuring out how to react when that happens. One of the unhappiest days of my life was when my personal server was r00t3d. I did all the right things, but the attackers were more dedicated to getting in than I was in keeping them out. How do you remove a rootkit after it’s discovered? I didn’t know then, because I never asked the question (remember? I thought I did all the right things to prevent it in the first place). You can bet I certainly know now! What happens when the server dropped off the network because of a power outage, and now it’s saying “kernel not found”?


What happens when your client or internal user asks for you to restore a backup, and the backup is corrupted? You may not get all the answers to these until you actually experience them first-hand, but it’s better to start asking the questions now and not when you have angry people yelling at you. Also, once you start asking the questions, you can start setting up “self-training” scenarios to test it. Set up a test box and remove the kernel. See if you can get it back to operational. Try and get someone to install a rootkit on it, or at least do a bunch of stuff that you have to troubleshoot and fix. By asking these questions now, you’ll be in a much better position to deal with them later.


Kebaikan bersedekah


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya tentang bersedekah. Sebagaimana yang kita tahu sedekah ini merupakan amalan yang sangat dituntut. Tidak kira kita dalam keadaan senang atau pun susah.



"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"

Bagi saya sedekah ini banyak memberikan kebaikan. Cuma, ramai orang bersalah sangka terhadap amalan sedekah ini. Ada diantara mereka merasakan dengan bersedekah, kita aku rugi.

Para-para pembaca yang saya kasihi sekalian, saya ingin berkongsi beberapa pengalaman saya sendiri ketika sedekah:-

1) Memberi RM3 derma pada masjid
Minggu lepas semasa sembahyang jumaat, saya telah mendermakan RM3 pada Masjid Al-Ehsan. Keesokan hari nya saya mula mendapat tawaran untuk berlakon.

2) Memberi makanan kepada haiwan
Dua hari yang lepas ada seekor ayam betina yang datang ke rumah sewa di Taman Universiti Indah. Saya sangat kesian tengok ayam tu, kelihatan seperti kehilangan tempat tinggal atau dilepaskan oleh tuan nya. Saya bersedekah dengan cara membeli biskut di 7-Eleven. Alhamdulillah rezeki saya lepas tu murah.

3) Belanja makan pada kawan
Beberapa hari yang lalu, kereta saya tertinggal dalam kereta. Housemate lah banyak membantu dalam menyelesaian masalah tu. Dengan rasa berterima kasih, lalu saya menghadiahkan dia belanja makan burger  McD. Tapi, setakat ini saya tidak akan mengharapkan apa-apa yang dibalas. Suatu hari nanti mudah-mudahan.


Bagi saya, mungkin ketika belanja orang atau sedekah, rezeki kita akan bertambah. Tuhan memang sering menguji kita dalam keadaan senang atau pun susah.



Berikut adalah "common sense" kebaikan yang kita dapat ketika bersedekah :-

1) Bila kita menderma, orang yang menerima itu akan mendoakan kita.

2) Ketika kita bersedekah, kita berkongsi rezeki kita pada orang lain. Jadi, Tuhan akan memberikan kita rezeki yang akan datang lagi.

3) Kalau kita kaya sebanyak mana pun, duit dan harta tak boleh dibawa mati. Lebih baik kita gunakan duit atau harta ke arah kebaikan bersama.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan-kebaikan yang anda akan dapat ketika bersedekah. Mungkin tidak nampak hasilnya dengan kebendaan, tetapi mungkin ia akan dijadikan pahala kita ketika kita berada di akhirat nanti.

Jadi, apa tunggu lagi. Kalau anda nak rasakan sendiri kebaikan berdekah, apa kata anda cuba pulak.

Good luck!


Travelog- Australia (Melbourne and Sydney)






Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika kali pertama mengembara ke Australia. Sebelum kita hendak pergi ke sesebuah negara, mesti banyak soalan-soalan yang ada dalam fikiran anda seperti :-

1) Perlu pendaftaran visa?
2) Macam mana nak booking tiket penerbangan?
3) Nak menginap kat hotel mana? Macam mana nak book online?
4) Apakah pengangkutan awam yang sesuai digunakan?
5) Bahasa apa yang selalu digunakan oleh penduduk tempatan di sana?
6) Apakah tempat-tempat yang harus dikunjungi ?
7) Nilai matawang apa yang mereka pakai ?
8) Nak beli ole-ole paling murah atau berkualiti di mana ?

Untuk pengetahuan anda semua, maklumat-maklumat yang saya akan sampaikan ini adalah berdasarkan bulan Ogos 2013. Sesetengah maklumat-maklumat ini mungkin berubah mengikut peredaran masa yang mungkin berbeza dari tarikh penulisan.

Berdasarkan pengalaman saya, berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu :-

Pendaftaran visa

Setiap warga negara Malaysia yang bercadang untuk melawat negara Australia haruslah mendaftar visa terlebih dahulu. Anda boleh pergi ke laman web Electronic Travel Authority . Masa ketika saya daftar dulu, harga visa bagi seorang dewasa ialah AUD20 atau RM60.
Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit. Masa saya bayar dulu , saya pakai kad kredit Master Card.

Selepas selesai pendaftaram visa, sistem web ini secara automatik akan menyimpan data selari dengan maklumat nombor passport anda.





Tiket penerbangan

Rancanglah percutian anda sekurang-kurangnya 4 bulan lebih awal. Lagi awal lagi baik. Seperti mana yang ramai orang tahu, tiket penerbangan bagi penerbangan kos rendah haruslah ditempah awal untuk mendapat harga yang murah. Lawati laman web  Air Asia X untuk tahu lebih lanjut.

Saya telah membeli tiket penerbangan Air Asia X 4 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. Harga tiket semasa itu ialah RM1100 seorang haluan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Melbourne.



Saya telah beli tiket tempatan Jetstar dari Melbourne ke Sydney.



Kedua-dua syarikat pernerbangan ini adalah penerbangan kos rendah.

Saya telah pun tiba di Lapangan terbang Melbourne. Kemudian terpaksa menunggu 6 jam untuk flight tempatan ke Sydney. Sebaik saja tiba saja di airport Sydney , saya terus ke stesen keretapi yang bernama Central Station.





Tempat penginapan
Kebanyakan hotel boleh ditempah secara online. Anda perlu ada kad kredit untuk proses penempahan hotel. Selalunya, penempahan hotel dibayar sebanyak 10% dahulu. Selebihnya akan dibuat semasa kita tiba di hotel penginapan.

Semasa saya tiba di Sydney, hotel yang saya menginap adalah Central Private Hotel. Ia boleh ditempah di website agoda .

Kemudian semasa saya tiba di Melbourne pula, saya menginap di Space Hotel . Ia boleh ditempah di website agoda .




Pengangkutan awam

Pengangkutan awam yang selalu digunakan di Australia adalah keretapi, bas dan trem.
Saya telah menempah tiket bas secara dari Sydney ke hotel dengan menggunakan perkhidmatan SkyBus.





Melbourne, Australia




Makanan 

Biasanya, masyarakat orang melayu dan beragama Islam seperti saya, amat mengutamakan ciri-ciri kebersihan dan status halal. Ramai orang mencadangkan saya supaya membawa bekal dari Malaysia, tetapi sebanyak mana bekalan yang kita bawa tu boleh tahan sampai berminggu-minggu?
Jadi, saya mengambil jalan penyelesaian dengan melakukan survey ringkas tentang lokasi-lokasi restoran yang bersih dan halal.
Terdapat berpuluh-puluh restoran yang menawarkan masakan halal. Akan tetapi, hanya beberapa tempat saja yang sempat saya pergi.

Antaranya ialah :-

Sydney : Malay Village, Gozleme (Haymarket)

Melbourne : Nelayan Indonesia Restaurant, Melbourne Halal Kebab










Tempat-tempat yang harus dikunjungi

9 hari di Australia tidak cukup bagi saya untuk menjelajahi kesemua tempat-tempat menarik di Australia. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengambil pakej-pakej yang ditawarkan di laman web internet, dan selebihnya mengembara secara "free and easy". Antara tempat-tempat menarik adalah :-

Sydney
1) Harbour Bridge
2) Opera House
3) Market City
4) Circular Quay
5) Bondi Beach (Sydney and Bondi Beach Hop on Hop Off Tourhighly recommended
6) Wild life package highly recommended - AUD63/person including all 5 entrance fees.
    - Sydney Tower Eye 
    - Sydney Aquarium Wild Life
    - Sydney Zoo
    - Madame Tussauds
    - Manly Sea Life Sanctuary


Melbourne
1) Queen Victoria Market  highly recommended
2) Flinders Street
3) National State of Victoria
4) Direct Factory Outlets (DFO) highly recommended - shopping barang branded direct dari kilang



Sydney Wildlife Zoo



Suasana Melbourne ketika malam 


Flinders Street


Jambatan semasa perjalan ke DFO





Perkhidmatan trem (City Circle) secara percuma




State Library of Victoria




Naik kuda semasa berada di Flinders Street


Pertukaran Nilai Matawang:-

Nilai matawang Australia dipanggil Australian Dollar. Pertukaran nilai matawang Ringgit Malaysia kepada Australia dollar adalah seperti berikut :-

MYR1.00 = AUD 0.33
AUD 1.00 = MYR3.01

*Nilai pertukaran wang semasa 25August2013


Tempat-tempat yang sesuai untuk membeli cenderahati / ole-ole 

Tempat yang paling saya suka ialah Queen Victoria Market. Tempat ini sangat popular dikalangan pelancong kerana harga yang ditawar di situ sangat murah! Ia terletak di Melbourne, Australia.

Queen Victoria Market  dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu.


Berdiri di hadapan Queen Victoria Market

Hasil ole-ole yang telah dibeli

Daging buaya di Lapangan terbang Melbourne


Banyak lagi video-video yang tak sempat nak upload di sini kerana kesuntukan masa. InsyaAllah, saya akan update dari semasa dan semasa. Sekian saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
Selamat maju jaya kepada orang Malaysia yang ingin ke sana suatu hari nanti.


Ingatlah slogan syarikat penerbangan MAS yang berbunyi lebih kurang macam ni :

"Setiap orang adalah pengembara. Kita diciptakan untuk saling mengenali antara satu sama lain."


Selamat maju jaya!



Television Commercial Video for Safi Rania Gold shooting.

















Bridal photoshoot










For more details, please contact Sivash Photography



Shahrin Fuzi Profile












Modelling and Acting Experience
Television Video Commercial
Romano 
Line
Celcom Xpax
CNI
ASNB
Safi Rania Gold 
Safi Rania Shampoo
Pizza Hut
Samsung Galaxy Grands 
Shieldtox
Skim Latihan 1 malaysia
Ku Pilih Malaysia
I Choose Malaysia
Berita Harian
Fernleaf
Yamaha
Harian Metro

Print Ads
MIMOS Berhad
I-Comm Property 
IKEA
Ikano Power Centre
IJM Land
Universiti Putra Malaysia
Butik Sri Andaman
Citibank

Telemovie
Anugerah Dendam Yang Terindah
Mencintaimu Seadanya

Shorfilm
Kenapa harga kereta Malaysia mahal di Malaysia
Why so High?
Miracle

Video Clip
Wildan- Kau permata
Siti nordiana- Seribu Setia

Magazine
URTV August 2013 issue

Corporate Video
Teraju GLC, CNI, MAEPS

Drama
Misiku Kuza
Syurga Diwajahmu
A.K.U
Dingin Sahara

Brand Ambassador
Samsung camera DV300F

Gallery

Son Goku for Samsung Camera

Puteris PICC, Putrajaya

Harian Metro Print Ads

Promoting Samsung Camera

IJM Land Property




UPM School of Graduate


Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah



Citibank Facebook Advertisement
Drama Syurga Di wajahmu Drama Bersama Sheera Iskandar


MAEPS Corporate Video

Seribu Setia Videoclip (Nordiana)



Ibu Ayah Videoclip

Mass Kassim Baju Pengantin




URTV Keluaran Syawal OGOS 2013

Caring Pharmacy Newspaper Advertisement (August 2 2013)

Web-Berjaya.com


Shahrin Fuzi on Pizza Hut Delivery TVC






Shahrin Fuzi berjumpa dengan Oprah Winfrey









Bagaimana perasaan anda ketika berjumpa dengan Oprah Winfrey ?

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di negara orang. Ketika saya berada di Australia, saya telah ditemuramah oleh rancangan Oprah Winfrey. Banyak soalan yang telah ditujukan. Antaranya , beliau bertanya soalan kepada saya bila nak buat program show sendiri di Malaysia.


(Just kidding. This photo was taken in Madame Tussauds Wax Museum, Sydney Australia)




Elbert Einstein masih hidup lagi ?





Betul ke Albert Einstein hidup lagi? Kalau tak percaya, cuba tengok gambar atas betul-betul!
Hehehehehe, gurau je lah. Sebenarnya gambar ni saya ambil masa dekat Madame Tussauds Wax Museum, Sydney (Australia).

Teringat salah satu falsafah Elbert Einstein ada yang berbunyi

 "Imagination is more important than knowledge".

Sebenarnya, imaginasi kita memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita dalam mengejar impian dan cita-cita. Mengikut kajian, minda yang paling kreatif adalah sewaktu kita masih kecil lagi. Kerana kanak-kanaklah yang paling banyak berimaginasi. Saya teringat dulu masa sekolah rendah, cita-cita saya adalah untuk menjadi soerang saintis. Tapi, sekarang saya menjadi jurutera IT. Alhamdulillah profession skrg tak lari jauh beza dari cita-cita dulu. Saya doakan cita-cita anda juga akan tercapai juga kelak.