Kali ni saya berkesempatan berlakon dengan Jericho Rosales dalam drama ASTRO Kusinero Cinta.
Drama terbaru berjudul Kusinero Cinta akan menggantikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menamatkan siarannya. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir hasil terbitan Global Station. Saksikan drama 'Kusinero Cinta' ditayangkan mulai 26 Mei ini pada Setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133). Dua episode turut disiarkan di Astro Prima (saluran 105).