Percaya atau tidak selama 6 tahun dalam industri peragaan secara sambilan, inilah kali pertama saya sertai pertandingan. Pertandingan model ini diberi nama Pencarian Ikon Dato' Sri Erynna Piala Pusingan (Musim Ke-2).
Ceritanya bermula di sini..... Sebulan sebelum pertandingan, saya dapat SMS dari seorang jurugambar, Suhairi untuk menolong isterinya seorang make up artist untuk menyertai pertandingan ini sebagai satu team.
Diorang dapat contact saya pun melalui kenalan sebuah agensi modelling Kak Azizah.
Sebagai seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari perasaan gugup dan gementar, perasaan itu telah pun dirasai sewaktu masa rehearsal lagi yang dijalankan waktu malam sehari sebelum hari pertandingan.
Pertandingan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hajjah Noriah Kasnon selaku Timbalan Menteri Perladangan Perusahaan Dan Komoditi, Dato' Sri Erynna dan juga artis-artis tempatan seperti Shasha Elite, Fida dan ramai lagi.
Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu Make up Artist , Pereka Fesyen, dan juga Talent. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya berjaya mendapat tempat pertama talent lelaki dalam pertandingan ni. Pada mulanya memang tak jangka pun untuk menang, sebab tujuan saya sertai pertandingan ini pun atas sebab tolong Kak Zu.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini seperti penganjur program, pereka Fesyen , make up artist, talent-talent, media dan semua yang turut hadir.
![]() |
Piala Johan Talent Lelaki dan Piala Pusing Musim Ke-2 |
![]() |
Model bersama make up artis, Kak Zu |
![]() |
Saya bersama Dato' Hajjah Noriah Kasnon dan Dato' Sri Erynna |
![]() |
Keratan Akhbar Kosmo 29 April 2014 |
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Talent Model Lelaki : Shahrin Fuzi - shahrin.fuzi@gmail.com
Make Up Artist : Zuraidah - 017-5621869
Pereka Fesyen : Shaif Epul - 01126202131
Photographer : Suhairi - 0187927122