Pengalaman berlakon dalam drama Kusinero Cinta





Kali ni saya berkesempatan berlakon dengan Jericho Rosales dalam drama ASTRO Kusinero Cinta.

Drama terbaru berjudul Kusinero Cinta akan menggantikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menamatkan siarannya. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir hasil terbitan Global Station. Saksikan drama 'Kusinero Cinta' ditayangkan mulai 26 Mei ini pada Setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133). Dua episode turut disiarkan di Astro Prima (saluran 105).






















Pencarian Model Pengantin 2014

Ini lah kali ke-4 saya menyertai pertandingan dalam bidang modelling tahun 2014. Alhamdulillah, rezeki dan menang lagi tempat kedua kategori Maskulin untuk Pencarian Model Perkahwinan 2014. Tahniah kepada team saya yang turut menang tempat pertama make-up-artist dan ketiga model perempuan. Terima kasih kepada pihak penganjur, designer, photographer, peserta, dan juga penyokong yang turut hadir memeriahkan. Semoga industri peragaan baju tradisional melayu akan terus maju setaraf peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

























Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Model Lelaki          : Shahrin Fuzi
Model Perempuan  :  Fieza Eyza
Busana                   : Zull Yunus
Make-Up-Artist     : Fazriel Arrique Raffalie
Juru Gambar          : King Faizal King Azizi  Pakcik Nizam






Pencarian Ikon Piala Pusingan Dato Sri Erynna (Musim Ke-2)



Percaya atau tidak selama 6 tahun dalam industri peragaan secara sambilan, inilah kali pertama saya sertai pertandingan. Pertandingan model ini diberi nama Pencarian Ikon Dato' Sri Erynna Piala Pusingan (Musim Ke-2)

Ceritanya bermula di sini..... Sebulan sebelum pertandingan, saya dapat SMS dari seorang jurugambar, Suhairi untuk menolong isterinya seorang make up artist untuk menyertai pertandingan ini sebagai satu team.
Diorang dapat contact saya pun melalui kenalan sebuah agensi modelling Kak Azizah. 

Sebagai seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari perasaan gugup dan gementar, perasaan itu telah pun dirasai sewaktu masa rehearsal lagi yang dijalankan waktu malam sehari sebelum hari pertandingan. 

Pertandingan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hajjah Noriah Kasnon selaku Timbalan Menteri Perladangan Perusahaan Dan Komoditi, Dato' Sri Erynna dan juga artis-artis tempatan seperti Shasha Elite, Fida dan ramai lagi.

Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu Make up Artist , Pereka Fesyen, dan juga Talent. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya berjaya mendapat tempat pertama talent lelaki dalam pertandingan ni. Pada mulanya memang tak jangka pun untuk menang, sebab tujuan saya sertai pertandingan ini pun atas sebab tolong Kak Zu. 

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini seperti penganjur program, pereka Fesyen , make up artist, talent-talent, media dan semua yang turut hadir.


















Piala Johan Talent Lelaki dan Piala Pusing Musim Ke-2


Model bersama make up artis, Kak Zu



Saya bersama Dato' Hajjah Noriah Kasnon dan Dato' Sri Erynna 




Keratan Akhbar Kosmo 29 April 2014




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Talent Model Lelaki : Shahrin Fuzi - shahrin.fuzi@gmail.com
Make Up Artist       : Zuraidah - 017-5621869
Pereka Fesyen        : Shaif Epul - 01126202131 
Photographer           : Suhairi - 0187927122

Cerekarama: Tollgate Asmara



Nantikan Cerekarama Tollgate Asmara di kaca tv.

Kali ini, Keith Foo digandingkan bersama Izara Aishah. Drama yang baru memulakan penggambaran ini diarahkan oleh Osman Ali.