Di samping menyambut hari raya juga, saya juga diberi kesempatan untuk memohon maaf dengan semua ahli keluarga. Seperti mana yang pernah diajar dalam ajaran Islam, kita digalakkan untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah kita buat sebelum ini. Sama ada terkasar bahasa, terlebih perbuatan yang menyakiti hati orang lain secara sengaja atau tidak sengaja. Gambar di bawah ini menunjukkan suasana kami ketika sesi bermaaf-maafkan yang dilakukan setiap hari raya.
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa melayu, saya amat berasa bertuah kerana masih lagi menyambut hari raya dan berjumpa dengan ahli keluarga dalam suasana yang sangat harmoni. Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan suasana orang Islam yang masih berada dalam keselamatan yang sangat bahaya seperti Afganistan, Syria, Palestin, dan Mesir.
Inilah gambar kami sekeluarga yang ditangkap di halaman rumah :-
Add caption |